Monday, September 28, 2009

alhamdulillah dah 9 hari kita menyambut bulan syawal..pejam celik pejam celik dah masuk opis balik...hari ni 1st day aku kerja setelah lama bercuti utk raya.malas tul rasa nak kerja balik..sib baik lah belum ade kerja yg perlu aku buat..tapi besok dah start dah la...
sepanjang raya aku tak berkesempatan nak berkarya dalam blog aku ni...so tak bleh la nak update aktiviti aku kat kg.1st raya aku berjaya beraya di rumah aku tahun ni...pagi raya biasalah sesi bermaaf-maafan..n part yg paling best ialah aku dapat duit raye!!!hehehehe..tentulah dari hubby tercinta...lepas sesi bermaaf2 n semayang raya..kitaorang satu family konvoi beraya ke kuala terengganu.1st mestilah berkunjung ke kg mak aku..one n only nenek aku ada kat sana.lepas tu barulah beraya rumah sedara mara semua.alhamdullillah raya kali ini daddy turut serta dalam ronda2 raya kitaorang...seharian beraya..balik rumah hari dah malam.sebab kepenatan semua tido awal malam tu..

raya kedua..seperti biasa raya kedua ni adalah sesi menunggu tetamu.n aku lak tunggu kakak aku yg lagi 2 orang tu balik.kak nord n kak lina..diaorang beraya di rumah mertua dulu.lepas diaorang sampai barulah aku amik kesempatan beraya rumah member.tapi tak ramai pun cuma 3 buah rumah.tak sempat lah..sbb hari dah petang...rumah yg sempat dilawat cume rumah mek bon..rumah jalak..n last rumah ihan..rasa tak puas borak ngan mek bon..mlm raya kedua kitaorang ingat nak main mercun tapi last2 hujan..so tak jadilah.aku dengar mlm tu jugak ada reunion budak2 skolah aku..tapi aku tak larat plak nak g join.raya ke dua aku rasa terlalu awal utk lepak ngan kawan2..sedangkan masa ngan family baru je skejap..dah la esoknye aku dah nak beraya kuantan plak.

raya ke-3, turn aku beraya kat kuantan plak..seperti biasa mak bila tahu kitaorang nak balik dia akan masak gulai masam.favorite aku.n kebetulan plak dia mmg masak lebih sbb tahu kakak aku nak datang..mak kat kuantan hobi dia mmg suka masak n suka bagi tetamu makan.duduk rumah mak aku tak pernah sempat rasa lapar.itu yg aku balik ada yg tegur aku dah gemuk..huhuhu...raya ke-4,turn family hubby aku plak buat rondaan hari raya.pun sama mcm kat dungun dulu..mana2 rumah sedara yg sempat dilawat kitaorang g.tapi kat kuantan ni takder lah smpi mlm.malam kawan2 hubby aku datang menyerang.lepak sampi pagi.kesiannya hubby aku sbnarnye hari tu tak sihat..tapi seronok tgk diaorang berborak..aku tak join diaorang..aku duk kat dapur..berborak ngan mak.barulah aku tahu mak ni mmg kelakar bila bercerita..mcm nak pecah perut aku berborak ngan mak n ipar2 aku...mcm2 cerita..pas satu..satu...sedar tak sedar dah pukul 2 pagi.

raya ke-4, kakak ipar aku kak neni nak buat open house, dan menunya adalah laksam.sedap...tapi padan lah orang jual mahal laksam ni...rupanya rumit nak hasilkannya.bayangkan dari pukul 9 pagi smpi pukul 5 ptg baru kitaorang siap.mak siap gelakkan aku.."hai dik..kerja keras awak hari ni..."yg paling sedap di dengar plak..bila akak ipar aku call mak aku cakap "nasib baik ada menantu rajin..."hehehehe..kembang membunga aku masa tu..hehehe...mmg penat.tapi upahnya kitaorang dapat makan smpi puas...hehehe
bukan senang jumpa laksam..

seterusnya..hari raya berjalan seperti biasa..

owh ye aku ader sikit je gambar raya tahun ni.tah napa tah..tak sempat nak bergambar sgt...tapi hari ni aku tak bawak plak gambar2 tu kat opis ni..nnt lah aku try load mlm karang.okey la aku nak g makan.

Wednesday, September 16, 2009

Selamat hari raya aidilfitri

esok aku n hubby dah nak balik kampung...rancangnya nak balik malam tapi until skrang tak berani nak confirm lagi..kadang2 rasa nak balik lepas kerja..kadang2 rasa nak bertolak malam lepas berbuka..ermm tak taulah lagi...sbb ada lebih ada kurangnya..kalau balik lepas kerja..takut tak sempat smpi nak berbuka..nnt jadi mcm masa balik kuantan hari tu..kat kul 9 baru berbuka..itu silap sbb aku biarkan hubby balik rumah..kalau terus dari opis dia mungkin sempat kot.. tapi kalau bertolak malam takut plak jem malam tu..maklumlah mesti semua orang tunggu nak lalu tol free kan?..kalu dikirakan percentage rasanya mcm nak balik terus lepas kerja.boleh buka puasa kat rumah mak kat kuantan.kalau ikut aku ok je aku amik half day...tapi hubby aku nilah..dia kan ala2 menteri kabinet...susah betul nak lari dari bos dia..suh mintak half day pun dia takut..dia ni bukan mcm aku..wat company cam opis sendiri..hahahaha...(wei tapi aku bgtau bos aku kalu nak half day..hehehehhe)
dan satu lagi...aku belum lagi start packing...hubby lak tido...kata stgh jam je..tapi ni dah kat sejam..aku dah la malam ni nak p ambik baju aku kat dobi.baju raya...aku suh dia iron siap2 .senang aku hari raya nnt..tak payah beratur nak guna sterika...baju melayu hubby pun dah iron dah..hehehe...
esok ..rasa mcm nak g jalan tar pun ada..nak cari sampin utk hubby..dia nih takder sampin..tapi tgk lah dulu rajin ke tidak...
actually tujuan aku berblog mlm ni sebab nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI utk korang semua.MAAF ZAHIR & BATIN.saje jer wish awal sbb takut bila balik kg nnt aku tak berpeluang nak berblog dan mengarang..almaklumlah bila balik kg sibuk sikit...
kalau tanya aku..aku mmg teruja nak raya tahun ni..almaklumlah first time nak raya sebagai suami isteri.utk tahun ni aku menang!!kitaorang raya kat terengganu dulu..hehehhehe..so kepada kawan2 yg kat terengganu raya ni aku ada kat dungun.kalau terlintas kat rumah aku tu jemput lah datang..raya ke-3 pagi aku dah bertolak g rumah mertua kat kuantan.kepada rakan2 yg terlintas kat kuantan plak..jemput la datang rumah mertua aku.kepada geng2 ikip umah mertua aku dekat je ngan SPS..oklah aku nak kejut hubby aku nih...nnt tutup plak kedai..tak beraya aku ngan baju raya aku nnt... hehehehe...

Tuesday, September 15, 2009

Cuba untuk bertenang...

hmm nmpaknya selagi aku tak tulis something kat blog nih hati aku tak tenang.blog nih dah macam diari aku..kat sinilah aku nak meluah apa yg terjadi pada aku.peristiwa semalam masih buat aku terfikir.bila aku tanya dekat hubby aku patut ker aku terima kata2 yg orang lemparkan pada aku??jawapan hubby aku dia ckp mmg tak patut..tapi dia suh aku lupakan.dia ckp bnyk benda yang boleh aku pikirkan dari aku meyesakkan fikiran aku dengan peristiwa semalam.tapi entah la..hati aku masih tak boleh lupa apa yg terjadi kat aku.

alkisahnya..beberapa bulan lepas..adalah kawan aku sorg nih..dia ckp dia nak jumpa aku.dia kata lama tak jumpa aku.actually hari tu aku mmg ader kerja.aku janji ngan kakak aku nak jaga iris n nak teman kak nord pergi cari persiapan kawin dia.aku berterus terang kat kawan aku tu..W (bukan nama sebenar)..tapi dia ckp takperla kita jumpa kejap je..borak2..minum2..pastu dia ajak aku teman dia pergi cuci mata kat ariani..aku mmg suka tgk tudung2 kat situ.kebetulan plak masa tu ada sale..aku pun terima lah since kawan aku tu kata skejap.

smpi kedai mamak W pun smpi.aku hepi la sbb lama tak jumpa dia..aku mmg niat baik nak jumpa dia.lagipun aku tak sempat say thanks atas kedatangan dia masa wedding aku ari tu..sedang kitaorang borak2 alih ader la sorang perempuan dtg duduk semeja ngan kitaorang..aku nmpk perempuan ni bawak la fail.dalam hati aku masa tu...hmm kenapa plak tetiba ada orang nih..hmm mungkin kawan si W.tapi masa tu aku ada terdetik ..terkena ke aku nih..tapi aku masih berfikiran positif..tak lama lepas tu si W ckp nak share smting..so sah la..tekaan aku tepat.aku masa tuh geram ..tapi aku masih sabar...padahal aku rasa aku pernah ckp kat W aku tak minat jualan langsung.sbb aku tak pandai n aku takder masa.

so kawan si W ni mcm2 lah tunjuk kat aku.aku tgk jam..aku mcm dah lambat nak g jumpa kak nord n nak p amik iris.tapi aku tak tau mcm mana nak ckp.pastu tetiba kawan si W ni bukak la borang...dia suh aku join.aku ni plak ader perasaan kesian..orang dah berbuih2 bercakap takkan aku nak blah bodoh.yang paling penting aku nak jaga air muka kawan aku.kalau aku pun di tempat kawan si W tuh mesti aku bengang..ckp bnyk2 tapi hasil takder..tapi yg menyesakkan aku plak..diorang nih mcm paksa aku keluarkan kad pengenalan.aku bg alasan duit aku tak cukup utk jadi member Z*****.(yuran keahlian rm68).aku ckp aku hanya ada rm50.aku berharap masa tu biarlah diaorang ckp takper lah lain kali je...tapi diaorg cam pakse gak aku letak rm50 tu.aku nak jaga hati member letak la duit..walhal dlm hati aku mmg bengang giler...lepas tu aku cepat2 blah sbb aku dah lmbt.dan kawan aku si W ni bermurah hati tmbahkan duit rm18 tu

balik rumah aku call hubby aku (masa tu dia outstation) aku cerita.hubby aku ckp kenapalah aku boleh accept patut aku tak terima.sbb dia kenal aku ..aku bukannya ada masa.dan aku bukannye rajin dan pandai utk berniaga.dia ckp kat aku takper la dah terkena..redha jelah..aku ckp kat dia,kalau aku dpt apa2 pulangan aku akan pulangkan rm18 kawan aku tu..if tak aku tak nak..sbb pada aku..aku dah tertipu dengan dia..dia tak patut wat cara mcm tu utk ajak aku join.pada aku dia patut terus terang dari awal lagi dia nak ajak aku join Z***** ni.sbb dia dgn aku berkawan...bukannya orang asing.aku kalu kawan dia takder mmg aku dah tolak dah.tapi aku segan kat kawan dia.bila aku cerita kat kawan office aku..diaorang pun sependapat ngan aku..kawan aku tak patut wat camtu..kawan office aku ajar suh hantar msg kat W ni.ckp terus terang..apa yg dia buat tu mmg tak patut.tapi aku kata biarlah..since dat day aku diamkan diri.

yg si W ni masih tak paham2.selalu hantar msg pasal Z***** nih..tapi aku diamkan aja.aku tahu ramai yg berjaya..tapi pokok pangkalnya mesti rajin dan minat.tapi aku nih takder masa.smpilah semalam tetiba si W ni hantar msg suh aku cuba beli jus..aku pun balas dgn baik aku ckp rumah aku bnyk lagi jus..tapi yg buat aku tersentap ialah bila dia mintak duit RM 18 ngan aku.

aku pun rasa dah smpi masa aku bgtau hal sebenar.aku bgtau dia yg sbenarnya aku masuk Z***** tu sbb nak jaga air muka dia.aku tak minat langsung nak masuk.aku terpaksa n tertipu masa tu.aku pikir dia betul2 nak jumpa aku.aku pun tak dpt aper2 faedah pun.tapi since dia dah mintak aku nak bayar lah...tujuan aku biarlah lepas ni si W ni dah tak msg lagi aku pasal Z***** nih.tapi aku betul tak sangka bila si W ni balas msg aku dgn kata2 yg agak marah.ckp tak rela aku ckp mcm tu..pastu n mcm2 lagi lah.tapi ayat yg buat aku naik angin ialah "tak sangka orang kaya mcm ni..ckp tak jaga hati kawan"...mmg aku terkejut ayat dia ni.sbb aku rasa aku cuma berterus terang ngan dia.n aku tak hina dia apa2..aku tak maki dia..tapi tergamak dia ckp mcm tu kat aku.sedangkan dia yang tipu aku...siapa yg tak jaga hati siapa skrang nih...aku tension tul la...

aku apa lagi naik hangin la...aku bgtau dia perkara sebenar..sblm dia ckp apa2 kat aku..cuba tanya diri dia sendiri.patut ke dia buat mcm tu kat aku??selama ni aku hanya diamkan diri...so from now on..aku perlu berhati2 dgn kawan yg mcm ni.

sepanjang aku berkawan,aku tak pernah pilih kawan.aku tak pernah ada masalah atau mempergunakan sesiapa.kepada si W..aku bukanlah orang kaya..tapi alhamdulillah aku cukup makan.aku pun kerja mcm dia jugak.cuma cara kami cari rezeki berbeza..dan kepada orang lain..kalau nak berniaga apa2 kalau boleh jgn lah tipu kawan..terus terang je niat kita apa.kalau kita buat mcm tu ..lama2 nnt kawan pun takut nak jumpa kita...biarlah kita jujur dlm berniaga.barulah berkat rezeki yg kita dapat.

Monday, September 14, 2009

HUBBY 27 BIRTHDAY!!

Happy birthday hubby!!! 11 september 2009 genaplah 27 tahun en mohamad hazwan b. zahari a.k.a boy iaitu my hubby.

ermm sebenarnya dah terlambat aku update blog aku ni.sekarang ni mmg jarang aku dapat masa utk mengarang..sbb terlalu bnyk yang nak di buat sejak bergelar isteri nih.btw tahun ni agak istimewa sbb aku dapat celebrate birthday my hubby bersama2.biasanya time birthday dia kitaorang selalu berjauhan.dan kalu celebrate tu mesti delay lah...dah jadi belated.

tepat kul 12 malam aku dapat wish hubby.kali nih tak yah msg2 dah..depan mata je...terus je ckp...
disebabkan kali ni birthday hubby jatuh pada bulan puasa jadi agenda seterusnya adalah berbuka puasa di luar.sbenarnya dah berhari2 aku cari tempat nak berbuka puasa...survey punye survey ..last2 decide lah nak makan bangsar.

actually aku ader gak terpikir nak buat roses delivery kat hubby.tapi mcm tak sempat nak g cari & bila survey online rege nye mcm mahal lah pulak.so malam tu mmg kitaorang sengaja berbuka dgn kurma n air dulu.lepas solat maghrib barulah kitaorang pergi ke restaurant sri ayutthaya kat bangsar.actually this is the 1st time we all cuba makan kat sini.not bad.the service was good n kitaorang mmg berpuas hati makan kat situ.menu kitaorang kat situ yg paling sedaplah bagi aku ader lah fried soft crab n tom yam..hmmm sedap sgt!!..

tahun ni aku bagi hadiah jeans & tshirt for my hubby ..so boleh la by pakai masa raya nnt :)

for by: wish u all the best.happy birthday n i love u so much.n my love to you will never end...